Pengenalan
Tamadun Yunani merupakan antara salah satu tamadun yang paling berjaya di dalam tamadun manusia sebelum di tawan oleh empayar Rome pada 146 SM. Selain itu ia juga merupakan salah satu tamadun yang tertua. Yunani dalam bahasa Inggeris ialah negara Greece iaitu salah satu negara daripada Eropah. Tamadun ini mula berkembang di semenanjung Greece dan di serata pulau-pulau berdekatan yang dikelilingi oleh Laut Aegean dan laut Mediterranean.
Penduduk di Greek memanggil negara mereka sebagai Hellas atau Ellas. Ia merupakan daripada bahasa latin untuk Graecia yang sebelum ini digunakan untuk selatan Itali. Walupun tamadun Yunani dikatakan berjaya, namun hakikatnya masyarakat mereka tidak bersatu. persaingan selalu berlaku di antara mereka. Antaranya ialah yang berlaku di Athens, Sparta, Corinth, Thebes, Olympia dan Argos
Tamadun Yunani meninggalkan banyak sumbangan terhadap peradaban manusia. Antara sumbangan tersebut ialah Sosial, Ekonomi dan politik.
Sosial
Sosial merupakan salah satu sumbangan yang di beri oleh tamadun ini. Sebagai contoh ahli falsasah sekarang masih lagi merujuk meggunakan ilmu falsafah seperti legalisme, stoisisme. Walhal, ahli falsafah Yunani seperti Aristotle, Socrates dan Plato masih juga menjadi rujukan ahli falsafah moden.
Socrates |
Selain itu juga, Tamadun ini juga bertanggungjawab di dalam melahirkan sukan Olimpik dunia yang masih lagi diadakan sehingga sekarang.. Sukan tersebut diperkenalkan pada tahun 776 S.M yang diadkan di Olympia. Ia dianjurkan empat tahun sekali. Tujuan sukan itu dianjurkan adalah bagi menghormati tuhan mereka iaitu Zeus.
Antara bandar-bandar yang terlibat pada sukan Olimpik Yunani adalah :-
- Sparta
- Olympia
- Argos
- Thebes
- Corinth
- Athens
Politik
Demokrasi adalah sistem yang digunakan pada zaman Yunani |
Tamadun ini telah meninggalkan satu sistem pemerintahan yang masih diguna pakai sehingga hari ini. Sistem itu adalah sistem pemerintahan demokrasi. Sistem itu merupakan sistem yang mana rakyat dapat memilih kerajaan yang mereka rasa dapat meneraju negara. Sistem ini juga dipakai guna oleh negara kita Malaysia.
Ekonomi
Semua negara kota di tamadun Yunani kecuali Sparta menumpukan perdagangan kerana keadaan muka bumi begunung-ganang dan tidak sesuai untuk pertanian kesanya, perdagangan hanya dijalankan di kawasan persisiran pantai seperti Mesir, Syria dan Phoeneia.Penduduk Yunani menjalankan kerja harian sebagai penjual |
Athens dan Corinth menghadapi masalah kekurangan bekalan makanan kerana kekurangan tanah pertanian. Negara kota tamadun Yunani tersebut terpaksa mendapatkan bahan makanan dari luar.
Athens mendapatkan bekalan makanan dari kawasan di bahagian selatannya dan Laut Hitam. Athens juga menjadi pusat pengumpulan barang keperluan dari timur.
Kegiatan perdagangan dikenakan cukai dan ini telah menyebabkan kenaikan harga barang. Kesannya ramai rakyat Yunani berpindah ke Alexandria pada Zaman Graeco-Rom.
Athens mendapatkan bekalan makanan dari kawasan di bahagian selatannya dan Laut Hitam. Athens juga menjadi pusat pengumpulan barang keperluan dari timur.
Kegiatan perdagangan dikenakan cukai dan ini telah menyebabkan kenaikan harga barang. Kesannya ramai rakyat Yunani berpindah ke Alexandria pada Zaman Graeco-Rom.
No comments:
Post a Comment