Friday 26 April 2013

Tamadun Yunani



Pengenalan

Tamadun Yunani merupakan antara salah satu tamadun yang paling berjaya di dalam tamadun manusia sebelum di tawan oleh empayar Rome pada 146 SM. Selain itu ia juga merupakan salah satu tamadun yang tertua. Yunani dalam bahasa Inggeris ialah negara Greece iaitu salah satu negara daripada Eropah. Tamadun ini mula berkembang di semenanjung Greece dan di serata pulau-pulau berdekatan yang dikelilingi oleh Laut Aegean dan laut Mediterranean.

Penduduk di Greek memanggil negara mereka sebagai Hellas atau Ellas. Ia merupakan daripada bahasa latin untuk Graecia yang sebelum ini digunakan untuk selatan Itali. Walupun tamadun Yunani dikatakan berjaya, namun hakikatnya masyarakat mereka tidak bersatu. persaingan selalu berlaku di antara mereka. Antaranya ialah yang berlaku di Athens, Sparta, Corinth, Thebes, Olympia dan Argos